Cinta Abadi: Mac 2011
This is BizOppersThis is BizOppers
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!This is BizOppers

Thumbnail Recent Post

Recent Comments

  • SELAMAT TAHUN BARU 2O11

    BUAT WARGA MALAYSIA SELURUH DUNIA SAYA DISINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2O11 DENGAN AZAM BARU DAN DENGAN HARAPAN BARU SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T. BAGI MEREKA YANG MASIH BERADA DI TAHUN 2010,SALAM 1 MALAYSIA...

  • Pakej jalur lebar baru lebih murah

    KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38. ...

  • UNDI PEMBEKAL INTERNET ANDA

    Kelajuan internet menjadi isu utama didalam dunia moden sekarang. Sebagai pengguna yang bijak anda mempunyai pandangan yang berbeza untuk menentukan khidmat jalur lebar ( Internet ) anda.Marilah sama-sama kita membuat pilihan senarai rangkaian pembekal internet yang terbaik pilihan anda.....

  • Creative Adding Label to the Skin

    Here is useful tutorial where I’m gonna show you how to add the label to the human skin in Photoshop. In this tutorial I will be using this stock photo of the man....

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Posted by asw - - 0 ulasan

Kepada semua peminat-peminat muzik tanah air.. jangan lupa pada 25 March 2011 jam lebih kurang pukul 9.00 malam saksikanlah persembahan Wan Aznam dalam siaran langsung realiti TV " TIADA LAMA TIADA BARU " di TV1. Wan Aznam amat memerlukan undian daripada anda untuk peringkat akhir TLTB RTM 1. Jangan biarkan Wan Aznam tidak mendapat tempat di pertandingan tersebut, ingat undian anda amat bermakna !!!... Terima Kasih.



UNTUK UNDIAN TAIPKAN

TLTB WAN DAN HANTARKAN KE 32776

(undian dibuka mulai 25 Mac 2011 jam 9mlm dan ditutup pada 30 Mac 2011 jam 12mlm)


MARILAH KITA MENGUNDI UNTUK HARAPAN BANGSA DAN TANAH AIR

[ Read More ]

Posted by asw - - 3 ulasan

Hampir MENGGADAI sebuah KEIMANAN hanya kerana 20 sen


Ini adalah sebuah cerita yang boleh kita ambil sebagai tauladan. Jika tidak keberatan, jom baca.

Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan baginya menaiki bas untuk pergi ke masjid. Pada suatu hari, selepas Imam membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. “Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?” Imam bertanya kepada dirinya. “Ah… syarikat bas ni dah kaya… setakat 20 sen ni… nak beli tosei pun tak cukup,” kata Imam.

Apabila tiba di hadapan masjid, Imam menekan loceng dan bas tersebut pun berhenti. Ketika Imam ingin turun sahaja daripada bas, tiba-tiba seakan-akan dirinya secara automatik berhenti dan berpaling ke arah pemandu bas sambil memulangkan wang 20 sen. “Tadi kamu beri saya wang baki terlebih 20 sen,” kata Imam kepada pemandu bas.

“Ohhh…!!! Terima kasih!!! Kenapa awak pulangkan 20 sen ni… kan sedikit je nilainya,” kata pemandu bas. Imam menjawab, “Wang tersebut bukan milik saya, sebagai seorang muslim saya wajib berlaku jujur.” Pemandu bas tersenyum, dan berkata, “Sebenarnya saya sengaja memberi wang baki yang lebih sebanyak 20 sen ni, saya nak uji kejujuran kamu wahai Imam. Saya sudah berkali-kali berfikir untuk memeluk Islam.”

Imam turun dari bas dan seluruh jasadnya menggigil dan kesejukan. Imam berdoa sambil menadah tangan, “Astaghfirullah!!! Ampunkan daku Ya Allah… Aku hampir-hampir menjual harga sebuah Iman dengan 20 sen!!!

Sahabat-sahabatku sekalian… Apa yang anda dapat daripada peristiwa di atas? Ingatlah… Kita mungkin tidak melihat dan tahu kesan tindakan kita terhadap orang lain. Kadang-kadang manusia akan menganggap kita sebagai ‘tingkap’ untuk melihat ke dalam dunia Islam.

Sesungguhnya pada diri Rasulullah s.a.w. itu terdapat contoh teladan yang baik.

“DUNIA sebagai ALAT — AKHIRAT sebagai MATLAMAT”

CREDIT BUAT PENGIRIM EMAIL : NAZRI@BENQ.COM
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...