Cinta Abadi: April 2011
This is BizOppersThis is BizOppers
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!This is BizOppers

Thumbnail Recent Post

Recent Comments

  • SELAMAT TAHUN BARU 2O11

    BUAT WARGA MALAYSIA SELURUH DUNIA SAYA DISINI INGIN MENGUCAPKAN SELAMAT TAHUN BARU 2O11 DENGAN AZAM BARU DAN DENGAN HARAPAN BARU SEMOGA SENTIASA DIRAHMATI OLEH ALLAH S.W.T. BAGI MEREKA YANG MASIH BERADA DI TAHUN 2010,SALAM 1 MALAYSIA...

  • Pakej jalur lebar baru lebih murah

    KUALA LUMPUR 24 Mac - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, Telekom Malaysia (TM) akan memperkenalkan pakej jalur lebar baru yang lebih murah untuk keperluan rakyat berpendapatan rendah di negara ini.Perdana Menteri berkata, pakej baru itu yang akan turut disertakan dengan komputer netbook akan dikenakan yuran bulanan antara RM20 hingga RM38. ...

  • UNDI PEMBEKAL INTERNET ANDA

    Kelajuan internet menjadi isu utama didalam dunia moden sekarang. Sebagai pengguna yang bijak anda mempunyai pandangan yang berbeza untuk menentukan khidmat jalur lebar ( Internet ) anda.Marilah sama-sama kita membuat pilihan senarai rangkaian pembekal internet yang terbaik pilihan anda.....

  • Creative Adding Label to the Skin

    Here is useful tutorial where I’m gonna show you how to add the label to the human skin in Photoshop. In this tutorial I will be using this stock photo of the man....

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Posted by asw - - 0 ulasan

Rupanya sebiji telur ayam tetapi ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.


Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar.

Demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di Georgetown semalam.

Presiden CAP, SM Mohamed Idris, berkata siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati," katanya.

Mohamed Idris berkata, kerajaan harus mengambil tindakan segera merampas dan mengharamkan semua telur ayam palsu itu kerana ia akan memperdaya pengguna selain memberi kesan buruk kepada kesihatan.

Seorang mangsa pembelian telur ayam palsu yang hanya mahu dikenali sebagai Loh, 50, berkata beliau menyedari telur ayam yang dibelinya dari pasar di Pulau Tikus itu adalah palsu setelah mendengar aduan seorang pembeli menerusi siaran radio.



"Setelah mendengar aduan seorang pengguna dalam radio, saya terus memeriksa telur yang dibeli itu dan terkejut apabila mendapati telur ayam yang saya dibeli sememangnya palsu," katanya.

Loh berkata, beliau dan anggota keluarganya telah makan telur ayam palsu itu sejak sebulan lalu. 

- Bernama


Terima kasih buat pengirim email : Sumber tidak diketahui dan tidak dapat untuk dibuat backlink.. kepada penulis asal harap maaf. Saya kongsikan hanya sebagai langkah-langkah berjaga-jaga buat semua pengguna diseluruh Malaysia.. TERIMA KASIH
[ Read More ]

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...