Cinta Abadi: Najib rai genap setahun sebagai PM di Hulu S'gor - 1 Malaysia
This is BizOppersThis is BizOppers
  • RSS
  • Delicious
  • Digg
  • Facebook
  • Twitter
  • Linkedin
ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!This is BizOppers

Thumbnail Recent Post

Recent Comments

On Mar 05 tanekbachmann commented on proton suprima s malaysia club prosmac: “Hard Rock Hotel & Casino -…”

On Nov 13 Ifham commented on nostalgia dj ismahalil hamzah: “Terbaik ulasan.,sy pon memang layan…”

On Mar 04 Anonymous commented on ssnc fundrive to cameron highlands: “As stated by Stanford Medical, It is…”

On Apr 02 The Zaara commented on 4 perkara penting untuk berblogging: “Best la admin ni. good info! boleh…”

On Dec 27 bear_69 commented on sejarah pusat latihan polis kuala: “Bagus maklumat ni. Kalau boleh saya nak…”

ShaShinKi.com - Malaysia's Online Camera Shop!
Posted by Shahrol Mohamad 04- Apr- 2010 0 ulasan

Datuk Seri Najib Razak meraikan genapnya setahun beliau menjadi Perdana Menteri hari ini dengan mengadakan lawatan bertemu rakyat di Hulu Selangor.

Lawatan itu yang padat dengan pelbagai program, akan menyaksikan beliau bertemu dan beramah mesra dengan penduduk Hulu Selangor yang bakal melalui pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor pada 25 April ini.

Jadual padat Najib dimulakan dengan melancarkan Yayasan Kelana Ehsan (YKE) bagi tujuan menganjurkan bantuan dan kebajikan kepada rakyat negeri Selangor tanpa mengira warna kulit .

Beliau kemudiannya menghadiri perjumpaan bersama warga Felda di Dewan Serbaguna Felda Sungai Tengi.

Seterusnya Najib dijadualkan merasmikan majlis pecah tanah tapak perumahan generasi kedua Felda sebelum singgah ke satu majlis kenduri perkahwinan di Felda Soeharto.

Selepas itu, Najib akan menyertai penduduk tempatan menunaikan solat Zohor di Masjid Felda Gedangsa disusuli dengan majlis taklimat bersama jentera Barisan Nasional Hulu Selangor di Kuala Kubu Baharu.

Sebagaimana kelazimannya, beliau akan mengadakan tinjauan mesra di Kuala Kubu Baharu bersama-sama kaum Cina dan masyarakat Orang Asli diikuti dengan tinjauan mesra untuk bertemu dengan masyarakat India di Bukit Teratai.

Tradisi "turun padang", yang dipeloporinya pada hari kedua selepas mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri tahun lalu, banyak bercirikan mesra rakyat dan dilakukan secara tidak formal.

Lawatan itu diadakan untuk beramah mesra dan berjumpa dengan rakyat biasa bagi mengetahui masalah mereka.

Pada 4 April 2009, beliau memulakan tinjauan mesra ke Petaling Street, kawasan yang sinonim dengan majoriti penjaja Cina, sebelum melawat kawasan perumahan Vista Angkasa di Bukit Kerinchi, Bangsar yang dihuni oleh majoriti kaum Melayu dan mengunjungi deretan kedai di Jalan Tun Sambanthan, Brickfields yang digelar 'Little India'.

Najib mengambil alih jawatan Perdana Menteri daripada Tun Abdullah Ahmad Badawi pada 3 April 2009.

Sempena setahun menyandang jawatan tertinggi negara, Perdana Menteri akan mengadakan majlis Tahlil di kediaman rasminya di Seri Perdana, Putrajaya, petang ini.

- Bernama
Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More

Leave a Reply

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...